Monday 16 November 2015

Full Paying Patient - Hospital Putrajaya

Ni nak bg review ttg fpp hospital Putrajaya. Saya bsalin secara c-zer pada 2 November 2015@1758. Doktor pilihan Dr. Hamidah.

Step by step proses fpp ni:

1. Buka buku merah di mana2 klinik kesihatan. Once dpt edd leh wat appointment. Ada dua pilihan doktor, Dr. Azmi or Dr. Hamidah.

2. Call nombor hospital Putrajaya and make the appointment. Nnt nurse dr klinik akan call balik utk bagi tarikh kita jumpa dgn Dr. Biasanya first appointment 28 weeks.

3. Dah nama pun fpp kan, setiap kali jumpa dr kena byr ye rm 150++. Waktu menunggu nk jumpa dr mmg lama. Sabar n bawa buku@majalah nk hilangkn boring. Celcomnya internet kat spital tu mmg mcm haram. So hazab la nk nunggu. Hadap la nurse2 n ibu2 mengandung.

4. Kalau dr x de, akan ada dr ganti tp kena jumpa gak dr lg utk confirmkn tarikh nak bedah. Expect the unexpected. Enough said.

5. Once dpt tarikh bedah lega la. Tinggal admit before tarikh bedah. Bayar deposit rm3k, settle.

6. Total kami bayar utk c-zer rm3400...sgt la berbaloi. Dgn bilik yg selesa. Nurse yg baik and dr pakar, syukur.


Ni bilik yg diorg bg first admit. Esoknya start posa dah masuk bilik satu katil. Mmg selesa sgt.

Kesimpulannya, kalau inginkan gomen hospital with good service mmg recommended. Cuma lepas selamat czer or bsalin normal kena ada org jaga either husband or ibu. Nurse ada cuma better your own family yg jaga la ye...



Usaha Untuk Mengandung

Zureat dan harum malam adalah mknan tambahan yg telah di suggest oleh sorg kakak yg menjual jamu n madu di giant prima saujana, kajang.

Alhamdulilah setelah mkn hampir 2 botol kami telah dikurniakan rezeki oleh Allah swt mengandung.

Kepada bakal ibu2 yg masih belum mengandung dan ingin mencuba digalakkan la mkn zureat dan harum malam ni.

Di samping itu, sila amalkan mknan sunnah seperti susu, kurma, madu, kismis, delima dan juga asid folik atau obimin...

Mmg mula2 rasa mcm penatnya nk mkn mcm2 setiap hari disamping kena mkn mknan yg seimbang, tetapi percayalah usaha yang bersungguh2 akan membuahkn hasil seperti yang kita inginkan.

Sebagai seorg islam, doa dan tawakal pada Allah swt. Rajin2 minta doa dr keluarga dan rakan2, agar permudahkan utk Kita mengandung.

Alhamdulilah, kalau Dah mengandung,gunakan perkataan yg positive dan baik dalam perbuatan dan pertuturan. Adab2 ibu mengandung haruslah diterspkan.

Di bawah ni adalah mknan yg harus diamalkan secara konsisten;






Paling penting, gi la jumpa doktor untuk cek kot la ada yg x kena pada isteri dan suami yg menyebabkan susah nk mengandung. Kalau dr kata semua normal then just wait for the good news😊...

Lagi satu nk rekomen juga la, isteri2 rajin la gi berurut satu badan setiap bulan. Sengkak apa yang patut. Saya pun sebelum disahkan mengandung setiap bulan berurut. Lagi2 lepas lari 10km, mesti nk berurut😝.

Saya doakan semua wanita yg telah berkahwin agar dipermudahkn mengandung dan dpt zuriat yg comel, in sha Allah...



Copyright to Shal Wa
Designed by UMIESUEstudio 2014